Hari-hari aku, selain bekerja, selalu juga aku curi-curi masa membaca blog di internet. Yang panas dan hangat dan selalu aku baca adalah blog-blog politik yang dikendalikan oleh para bloggers pro-kerajaan BN atau pun pro-pembangkang PR.
Kebanyakan cerita di dalam blog-blog mereka adalah cerita-cerita atau analisis yang lebih mendalam daripada apa yang dapat kita baca di akhbar2 arus perdana (akhbar kerajaan la tu). Daripada situ, dapatlah kita mengetahui perkara2 yang kita, sebagai orang biasa ni, tak tau sebab tak berkecimpung dalam bidang politik. Memang rata-rata bloggers yang aktif tu adalah ahli2 parti politik, walaupun tidak berjawatan dalam parti.
Banyak maklumat yang kita dapat daripada blog2 ni, tapi selepas baca tu terpulanglah pada akal kita untuk memilih dan menganalisa balik maklumat2 tu semua, jangan percaya bulat2. Sebahagian besar daripadanya adalah rekaan semata-mata yang dibuat dengan tujuan memfitnah seseorang.
Jadi, yang penting pada aku adalah akal. Itu yang membezakan kita manusia dengan makhluk2 lain di muka bumi Allah ni. Yang menyedihkan aku ialah bila membaca komen2 pembaca blog2 tersebut, yang pada aku ramai yang bercakap tidak menggunakan akal, hanya bercakap melalui emosi, dendam dan percaya membuta tuli kepada orang yang disokong.
Oleh itu, setelah akal kita berfikir dan membuat analisa dengan serasional-rasionalnya, baru lah kita boleh jadi pemilih yang baik semasa pilihanraya nanti. Setakat dengar ceramah semasa kempen tak guna. Masa tu, semua dah guna emosi semata-mata kerana nak beli hati pengundi. Salah betul, halal haram dah dipersetankan.
Mesej aku, jadi lah rakyat yang bertanggungjawab dan jalankan peranan kita untuk memilih pemimpin yang paling layak untuk mewakili kita, berdasarkan apa yang boleh kita fikirkan melalui maklumat2 yang disampaikan oleh para bloggers.
Aku anak Malaysia!!
Note bukan chord
6 years ago
No comments:
Post a Comment