Itu terjemahan tajuk blog terbaru Chedet.
Waktu kerja adalah waktu yang ditentukan untuk seseorang bekerja, menurut Akta Kerja, maksima 12 jam. Lebih daripada itu kena kira Kerja Lebih Masa lah. Dan bagi yang berpendapatan RM1500 ke bawah dan bidang kerja adalah kerja manual iaitu menggunakan tangan dan tenaga, maka had Kerja Lebih Masa adalah 104 jam sebulan tidak termasuk hari Rehat. Dan mereka dibolehkan bekerja lebih daripada itu sekiranya ia melibatkan masalah negara.
Tapi mereka2 yang bekerja di SPRM, tidak ada pekerja manual. Kebanyakannya adalah pekerja pengurusan. Paling tidak pun perkeranian. Yang buat kerja manual hanyalah cleaner. Jadi, pegawai-pegawai SPRM kebanyakan nya tidak tertakluk di bawah undang undang Akta Kerja dan mereka ini dibolehkan bekerja lepas waktu kerja kerana ia melibatkan masalah negara. Oleh itu adalah tidak wajar jika Mahkamah Tinggi tidak membenarkan mereka menyoalsiasat suspek atau mengambil keterangan selepas waktu kerja biasa. Nasib baiklah Mahkamah Rayuan telah membatalkan perintah tersebut.
Apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock belum lagi disahkan samada kemalangan, bunuh diri atau dibunuh. Siasatan dan perbicaraan masih berjalan dan secara logiknya, takkan lah pegawai SPRM pula yang membunuh Beng Hock. Sebabnya, dia adalah saksi penting dan banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui Beng Hock. Matinya Beng Hock akan menyusahkan lagi SPRM, apatah lagi matinya di bangunan pejabat SPRM pula.
Sebagai orang biasa yang hanya baca suratkhabar dan blog2 di internet, apa yang boleh aku katakan, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi seperti tidak masuk akal. Dan kalaulah semuanya hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat, apa nak jadi dengan dunia ni pada malam hari, selepas 5.30 petang?
Note bukan chord
6 years ago
No comments:
Post a Comment