Monday, December 28, 2009

Bekerja lepas waktu kerja

Itu terjemahan tajuk blog terbaru Chedet.

Waktu kerja adalah waktu yang ditentukan untuk seseorang bekerja, menurut Akta Kerja, maksima 12 jam. Lebih daripada itu kena kira Kerja Lebih Masa lah. Dan bagi yang berpendapatan RM1500 ke bawah dan bidang kerja adalah kerja manual iaitu menggunakan tangan dan tenaga, maka had Kerja Lebih Masa adalah 104 jam sebulan tidak termasuk hari Rehat. Dan mereka dibolehkan bekerja lebih daripada itu sekiranya ia melibatkan masalah negara.

Tapi mereka2 yang bekerja di SPRM, tidak ada pekerja manual. Kebanyakannya adalah pekerja pengurusan. Paling tidak pun perkeranian. Yang buat kerja manual hanyalah cleaner. Jadi, pegawai-pegawai SPRM kebanyakan nya tidak tertakluk di bawah undang undang Akta Kerja dan mereka ini dibolehkan bekerja lepas waktu kerja kerana ia melibatkan masalah negara. Oleh itu adalah tidak wajar jika Mahkamah Tinggi tidak membenarkan mereka menyoalsiasat suspek atau mengambil keterangan selepas waktu kerja biasa. Nasib baiklah Mahkamah Rayuan telah membatalkan perintah tersebut.

Apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock belum lagi disahkan samada kemalangan, bunuh diri atau dibunuh. Siasatan dan perbicaraan masih berjalan dan secara logiknya, takkan lah pegawai SPRM pula yang membunuh Beng Hock. Sebabnya, dia adalah saksi penting dan banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui Beng Hock. Matinya Beng Hock akan menyusahkan lagi SPRM, apatah lagi matinya di bangunan pejabat SPRM pula.

Sebagai orang biasa yang hanya baca suratkhabar dan blog2 di internet, apa yang boleh aku katakan, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi seperti tidak masuk akal. Dan kalaulah semuanya hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat, apa nak jadi dengan dunia ni pada malam hari, selepas 5.30 petang?

Back to school!!!

Minggu depan sekolah akan dibuka semula.

Nampaknya aku kena keluar lebih awal. Bukan sebab nak hantar anak gi sekolah, tapi takut trafik jam.

Itu yang aku susah nak paham, kenapa bila budak mula sekolah, trafik memanjang jam, walaupun dah lewat malam. Bukannya budak sekolah balik tengah malam. Paling lewat pun maghrib dah balik. Tapi jalan sesak sampai pukul 10 mlm.

Tapi itulah fenomenanya di tempat aku. Jarak ofis ngan rumah cuma 3-4 km, tapi kekadang 30 minit baru sampai rumah.... dan ini cuma berlaku masa budak2 dah mula sekolah. Tak paham...

Terima Kasih dan Maaf

Itu lah dua perkataan keramat yang susah sangat aku dengar sekarang ni daripada mulut orang-orang yang sebangsa dengan aku. Agaknya boleh rugi 5-6 ribu kalau ucap perkataan tu.

Yang terbaru, Sabtu lepas aku ke sebuah shopping centre. Tengah nak bayar kat cashier, ternampak sorang budak kecik dalam lingkungan setahun lebih sikit, terkedek2 berjalan keluar dari kedai yang sama ngan aku. Mana mak dia aku pun tak tau. Adalah manusia prihatin yang perasan lalu bertanya secara umum, anak sapa tu? Semua orang buat tak tau. Akhirnya manusia prihatin ni pun berlari keluar, dipimpinnya anak itu, lalu masuk semula kedalam kedai.

Adalah hamba Allah yang berkata, agaknya mak budak tu ada kat belakang tu kot. So, budak tu pun dihantar lah ke tempat ibunya sambil bertanya, anak awak ke ni? dah sampai kat luar dia berjalan... Orang tu pun jawab, ye anak saya. sambil menjerit kepada anaknya yg lebih besar, ambik adik kau ni, masuk dalam troli, sambil terus membelek2 baju yang sedang dibelek sejak dari tadi.

Manusia prihatin tadi terus masuk balik ke barisan untuk membayar. Sempat aku bertanya, ada dia ucap Terima kasih? Huh! jangan harap, pandang muka kita pun tak, anak yang nyaris hilang tu pun tak dicuitnya.

Heran betul aku, susah sangat ke nak ucap perkataan tu. Bukan kena bayar pon. Lagipun, anak tu senang sangat ke nak dapat? Macam tak kesah je kalau hilang.... aku betul2 pelik!!! Nanti kalau anak tu betul2 hilang, pandai pulak buat muka sedih, nangis2 masuk TV, masuk paper, masuk internet... hampeh punya manusia....

Thursday, December 24, 2009

Senam

Kalau nak dikira,  mungkin susah, mungkin tak terkira. Tapi setakat yang aku ingat, kali terakhir aku bersukan ialah lebih kurang 10 tahun yang lalu. Itu pun cuma main badminton seminggu sekali. Ertinya dah 10 tahun aku cuma fokus pada aktiviti membesarkan perut dan membelanjakan duit beli seluar baru, sebab seluar-seluar lama cuma boleh tarik sampai lutut je.

Baju pun (especially T-Shirt) kalau dah paksa masuk, bila nak bukak, kena mintak tolong orang bukakkan. Kalau takde orang tolong, memang cerah peluang untuk aku lemas dalam baju sendiri. Tapi itu kalau aku sengaja nak membodohkan diri la, yang nak pakai baju 10 tahun dulu buat apa? Takpe, aku beli je baju baru, bukan mahal pun, murah-murah pun takpe, asalkan banyak.

Balik kepada topik asal, tentang bersukan, aku dah tak tau, apa lah jenis sukan yang sesuai aku nak main sekarang ni. Pagi tadi, termasuk 2 pagi yang lepas, aku cuba2 bersenam, buat stretching 10 minit. Punyala teruk, dah tak sampai dah tangan nak cuit ibu jari kaki. Dulu boleh paut lagi, sekarang ni....

Aku rasa aku kena teruskan la senam tu walaupun teruk. Kalau tak, aku yang teruk nanti...

Politik Tanah Air

Hari-hari aku, selain bekerja, selalu juga aku curi-curi masa membaca blog di internet. Yang panas dan hangat dan selalu aku baca adalah blog-blog politik yang dikendalikan oleh para bloggers pro-kerajaan BN atau pun pro-pembangkang PR.

Kebanyakan cerita di dalam blog-blog mereka adalah cerita-cerita atau analisis yang lebih mendalam daripada apa yang dapat kita baca di akhbar2 arus perdana (akhbar kerajaan la tu). Daripada situ, dapatlah kita mengetahui perkara2 yang kita, sebagai orang biasa ni, tak tau sebab tak berkecimpung dalam bidang politik. Memang rata-rata bloggers yang aktif tu adalah ahli2 parti politik, walaupun tidak berjawatan dalam parti.

Banyak maklumat yang kita dapat daripada blog2 ni, tapi selepas baca tu terpulanglah pada akal kita untuk memilih dan menganalisa balik maklumat2 tu semua, jangan percaya bulat2. Sebahagian besar daripadanya adalah rekaan semata-mata yang dibuat dengan tujuan memfitnah seseorang.

Jadi, yang penting pada aku adalah akal. Itu yang membezakan kita manusia dengan makhluk2 lain di muka bumi Allah ni. Yang menyedihkan aku ialah bila membaca komen2 pembaca blog2 tersebut, yang pada aku ramai yang bercakap tidak menggunakan akal, hanya bercakap melalui emosi, dendam dan percaya membuta tuli kepada orang yang disokong.

Oleh itu, setelah akal kita berfikir dan membuat analisa dengan serasional-rasionalnya, baru lah kita boleh jadi pemilih yang baik semasa pilihanraya nanti. Setakat dengar ceramah semasa kempen tak guna. Masa tu, semua dah guna emosi semata-mata kerana nak beli hati pengundi. Salah betul, halal haram dah dipersetankan.

Mesej aku, jadi lah rakyat yang bertanggungjawab dan jalankan peranan kita untuk memilih pemimpin yang paling layak untuk mewakili kita, berdasarkan apa yang boleh kita fikirkan melalui maklumat2 yang disampaikan oleh para bloggers.

Aku anak Malaysia!!

Salam

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cuba berblog pulak.... selama ni dok tengok je blog orang, rasa-rasa macam best.

Tak tau la apa topik yang akan aku coretkan kat blog ni...

Ada banyak sangat topik yang aku suka, hiburan, lagu2, filem, artis2, politik, ekonomi, hal ehwal semasa, dsb.

Tapi rasanya, yang aku tau betul adalah ttg hidup aku sendiri...sebagai seorang anak Malaysia...

Setakat mana yang akan aku dedahkan tentang hidup aku, nantilah, aku akan fikirkan.

Buat para pembaca yang terklik blog ni, terima kasih lah kerana sudi membaca...

Tolong lah kritik kalau ada kekurangan, tak perlu puji-puji, kerana puji-pujian tu bukan milik aku, semuanya milik Allah s.w.t.