Aku Melayu
Emak bapak aku Melayu
mertua aku juga Melayu
sudah tentu anak isteri ku juga Melayu
dan aku sangat bangga dengan hakikat itu
Di rumah aku berbahasa Melayu
Walaupun lancar bahasa Inggeris di bibirku
Tidak ku ajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak ku
Namun mereka sentiasa skor A dalam bahasa itu
Aku berblog juga dalam bahasa Melayu
Kerana aku bangga aku Melayu
Tanah ini tempat lahir ku
Di sini aku bersekolah menimba ilmu
Di sini aku dibesarkan oleh emak bapak aku
Di sini aku bekerja mencari rezki untuk keluargaku
Di sini juga aku berdoa agar dapat melalui hari-hari tua ku
Kerana aku yakin tanah ini tanah aku
Tanah Melayu
Bagi yang lain, yang bukan Melayu
patut cermin diri dulu
patut kaji sejarah tok nenek dulu
bagaimana cina dan india boleh ada di tanah melayu?
untuk apa mereka dibawa masuk ke tanah tok nenek aku?
Sekarang ni pandai-pandai nak mengaku
Nak minta taraf bumiputera sama macam aku
Kan dah ada negara China, India tempat asal kau orang tu?
Bukan di sini, sini negara aku
Ini Tanah Melayu
Aku Melayu, tuan di Tanah Melayu
Jangan dipersoalkan Ketuanan Melayu
Note bukan chord
6 years ago