Thursday, January 7, 2010

Melayu yang berpecah belah

UMNO, PAS, PKR (sebahagian besar) adalah dianggotai oleh orang-orang Melayu.

Majoriti orang Melayu sokong UMNO. Ramai juga yang sokong PAS dan boleh tahan juga yang memilih PKR. Sebahagian lagi duduk atas pagar tidak menyokong mana2 secara jelas.

UMNO sekarang ni memerintah negara atas tiket BN iaitu gabungan parti2 kaum Melayu, Cina (MCA dan Gerakan), India (MIC & PPP) dan beberapa parti pribumi Sabah dan Sarawak. Negara ini negara berbilang kaum, oleh itu wajar sangatlah jika BN merangkumi semua bangsa yang ada di Malaysia ini dengan Melayu selaku tuan rumah menjadi pemimpin tertinggi, seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Tapi UMNO sekarang ni kurang kuat. Sebabnya? Ada banyak sebab musababnya. Sebab dalaman ada, sebab luaran pun ada.

Apapun, aku tetap sokong UMNO. Aku tak marah kalau orang tak nak sokong UMNO kerana rekod pemimpin2 UMNO sejak kebelakangan ni banyak yang tidak berapa bersih seperti yang telah keluar di akhbar2 dan TV. Banyak juga yang telah keluar di internet, walaupun separuh je yang betul, manakala separuh lagi hanyalah fitnah semata-mata oleh pihak pembangkang.

Tapi, kalau kita tak sokong UMNO, kita nak sokong sapa lagi? PAS? PKR? DAP?

PKR dan DAP telah cuba bergabung membentuk PR sambil memperKUDAkan PAS yang terkapai-kapai mencari pengaruh. Mulalah pemimpin2 PAS nampak macam berdolak dalik dalam memberi apa2 pendapat. Pendapat yang pertama mungkin dari akal sendiri atau dari mesyuarat dalaman parti. Tapi bila disanggah oleh Anwar atau Lim Kit Siang, mula lah diorang adjust balik apa yang dikatakan sebelum tu. Semata-mata kerana takut dipinggirkan oleh DAP dan PKR. Mula lah benda yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Yang terbaru ni, kalimah Allah pun dah boleh digunakan oleh agama lain. Apa nak jadi ni?

So, ada kah kita mempunyai pilihan selain dari UMNO/BN? Tidak ada !! PR bukanlah alternatif untuk memerintah Malaysia. Mereka adalah pihak yang akan menjahanamkan Malaysia, terutamanya orang Melayu dan agama Islam. Anwar tak kesah. Asalkan dia jadi PM cukup. Bila dah jadi PM senanglah dia nak balas dendam kat Tun Mahathir.  Lim Kit Siang? Ini komunis, sama ngan Chin Peng. Kalau dia yang jadi PM ataupun Guan Eng, alamat Malaysia akan jadi cam Singapore. Orang Melayu terpinggir, agama Islam terpencil, bahasa Melayu diperkecil. Masjid2 akan dicabut speaker supaya tidak mengganggu tidor mereka di Subuh hari.  Hj Hadi? Nik Ajis? Ada can ke diorang ni nak jadi PM selagi hidupnya Anwar, Kit Siang, Guang Eng, Azmin?

Jadi, tak payahla membodohkan diri sendiri menyokong orang yang akan membawa rebah. Kalau kita semua Melayu bersatu bukan ke akan jadi satu bangsa yang tersangat kuat? Fikirkan masa depan bangsa kita, agama kita, bahasa kita dan anak2 kita. Percayalah, Anwar bukan nak menolong kita semua, orang Melayu. Yang penting pada dia cuma diri dia. Keluarga pun tak penting sangat pada dia.

Kalau tak suka UMNO kerana Najib dan kes enjin hilang dan kes gadis Mongolia, takpe. Sokong je, sebab selepas Najib, mungkin Muhyidin jadi PM, kalau panjang umur la, dan seterusnya ramai lagi pemimpin2 muda dalam UMNO yang layak memimpin bila tiba masanya, Mukhriz contohnya.

Tapi, pastikan bukan Anwar, Azmin, Lim Kit Siang, Guan Eng, Nizar, Khalid Gereja yang jadi PM. Jahanam kita nanti. Cuma kalau untuk UMNO, jangan sokong KJ dan Zahid Hamidi sudah la....

Fikirkan..itupun kalau korang nak pertahankan agama, bangsa, bahasa dan negara kita.....
Kalau korang nak jadi bangsa haprak di negara sendiri, sila lah teruskan menjilat jubur si Anwar!!

No comments:

Post a Comment